Hubungi Kami | Maklum Balas | Site Map
Utama | Berita-Berita | Akitiviti-Aktiviti | Sejarah | Press Release | Carta Organisasi
 
 
Bahasa Melayu | English
 
 
Free Web Counter

 

 

 
 

Huraian Tema Hari Kebangsaan Ke 26, 2010

NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM

Definisi negara

  1. Masyarakat atau kelompok sosial yang menduduki wilayah tertentu yang mempunyai sistem pemerintahan politik dan kedaulatannya sendiri untuk menentukan arah tujuan kebangsaannya;

  2. Wilayah yang mempunyai sempadan geografi dan politik yang terletak di bawah kekuasaan kerajaan (pemerintah) tertentu: iaitu. Negara Brunei Darussalam

Tema ini menekankan rasa kepunyaan rakyat terhadap negara disamping memperlihatkan sesuatu pengakuan bahawa Negara Brunei Darussalam adalah negara kita. Rasa kepunyaan terhadap negara merangkumi seluruh yang berhubungan  dengan  negara  termasuklah  pemimpinnya,  kerajaannya, perlembagaannya, undang-undangnya, warisan budayanya, khazanahnya dan falsafahnya. Oleh itu, dengan pengakuan bahawa negara ini adalah negara kita, dan setiap milik negara ini kita rasakan milik kita juga, maka adalah menjadi tanggung jawab kita semua sebagai rakyat negara ini untuk :

a. mentaati raja

b. mengamalkan ajaran Islam sebagai cara hidup

c. memelihara warisan budaya bangsa

d. memelihara dan mempertahankan kedaulatan

e. Menghormati perlembagaan

f. Mematuhi undang-undang

g. Memelihara kestabilan politik

h. Meningkatkan kemajuan ekonomi

i. Meningkatkan taraf sosial penduduk

j. Menjaga maruah

k. Menjaga imej

l. Mengamalkan dan menghayati falsafah

m. Menjaga keamanan dan kesejahteraan

n. Mengekalkan kesepaduan dan keharmonian

Tema ini mengajak semua rakyat negara ini tanpa mengira umur, keturunan, pangkat, bangsa dan agama bagi sama-sama menunaikan tanggung jawab di atas agar negara ini akan sentiasa aman, sejahtera dan makmur serta kekal sebagai negara Melayu Islam Beraja.

Oleh sebab tanggung jawab di atas merupakan tanggung jawab berpanjangan maka dicadangkan agar tema ini dikekalkan saja secara berterusan sehinggalah tiba masanya difikirkan untuk ditukar dengan tema yang lain.

 

 

 


[ atas ]

 

 

 
 

 
 
 

Jabatan
Pusat Sejarah

Dewan Bahasa
dan Pustaka

Jabatan
Muzium-Muzium

Pusat Pembangunan Belia

 
Last updated on 22 February, 2010
2009 © Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Hak Cipta Terpelihara